Ahad, 17 Januari 2010

1431/ 2010

Salam perjuangan buat semua! Ku doakan agar kalian yang membaca ni akan dirahmati Allah sokmo . Allah Taala berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara !! Alhujurat. Kita sedia maklum bahawa bagi kita yang beriman tentunya menyedari akan perkara ini. lantaran terus saja kita muhasabah diri bagi kesinambungan perjuangan Islam yang memerlukan kekuatan persaudaraan yang jitu untuk kemenanganIslam. Kekuatan ukhuwwah dalam diri pejuang2 Islam yang mantap akan menghasilkan natijah yang hebat. Usrah, mesyuarat, qiam, perjumpaan akan memantapkan lagi ukhuwwah seterusnya memudahkan kerja bagi menjatuhkan kerajan barisan nasional yang zalim, seleweng dan takabbur ini. Ingat ! Kita sentiasa diserang dengan fitnah2 yang akan melemahkan perjuangan , namun dengan ukhuwwah yang mantap semua fitnah itu dapat dileraikan dengan penuh kebijaksanaan dan santai saja. Percayalah ! bahawa musuh terlalu iri hati dan dengki dengan kemantapan ukhuwwah dikalangan pejuang2 islam. Dengan semangat, ilmu, taqwa dan keberanian, kita mampu menneruskan perjuangan ini sehingga kita akan memperolehi samada kemenagan atau mati syahid !! Takbir ! Bertemu lagi di lain masa. Wassalam.

Isnin, 21 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431

Salam ! hijrah adalah pengorbanan dan hijrah adalah jihad . 1 Muharram 1431 aku bersama rombongan jaulah DUN Ladang berada di Bandara Jakarta dan bermalam di Ciputat. Selepas solat subuh kami berangkat ke Bandung dan pulang ke ciputat jam 1 pagi 2 Muharram.. Selepas subuh 2 Muharram kami ke Tanah Abang salah satu pusat beli belah di Jakarta. 3 petang ronda di jakarta dan bergambar di Monas.. 6 petang tiba di ciputat. 8 malam 3 Muharram bertemu Bapak Dr Taufik Ramlan Wijaya PKS Jakarta.. Selepas solat subuh 3 Muharram bertolak dari Ciputat ke Bandara untuk pulang ke Malaysia.

Ahad, 13 Disember 2009

Beberapa hari sebelum 1431 hijrah

Salam perjuangan ! Marilah kita sama2 muhasabah diri dalam kehidupan kita hari ini..